Tak cantik

Dalam dunia ini terdapat perbagai rupa paras yang berbeza beza . Tapi dimata allah semua cantik cantik belaka tiada yang diketepikan. Hanya kita ja tak tahu. Di samping itu, kecantikan adalah anugerah daripada Allah SWT.

Kecantikan juga adalah merupakan ujian dari Allah untuk manusianya sama ada dari segi rupa paras mahupun bentuk fizikal. Selain itu ,mereka perlu memelihara amanah kecantikan itu dengan sebaik mungkin.

Segelitir masyarakat tidak bersyukur dengan anugerah tuhan iaitu sanggup beroperasi plastik walau apa cara untuk cantik.Bukankah itu sesuatu ujian dari allah? Hal ini berlaku kerana mereka ingin :
1) Disayangi ramai hanya kerana rupa
2) Untuk mendapatkan jodoh yang Hensem/Segak/Bergaya/Kaya
3) Riak

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)

Betapa beruntungnya menjadi wanita yang tidak cantik. Nak tahu sebab apa ? sebab tidak menjadi tumpuan orang. Tiada orang yang datang merengek bagai dan kamu tidak di ganggu. Hal sedemikian adalah cara Allah untuk meringankan tugas menjaga diri kamu.Selain itu , kamu tidak akan menjadi mangsa syaitan , kamu haruslah bersyukur kerana syaitan tidak dapat memperalatkan kamu iaitu memusnahkan nafsu lelaki dan syaitan juga tidak dapat menghasut kamu dengan semudahnya.

Tak perlu beli produk kecantikkan yang beratus ringgit hanya ingin kulit yang putih, gebu dan halus. Sekadar cantik dimata allah itu pun dah cukup baik.Orang yang cantik dihadapan Allah, secara automatiknya cantik dihadapan manusia. Namun, orang yang cantik dihadapan manusia, tidak semestinya cantik dihadapan Allah. Ingat itu !!!

Biarlah rupa tidak seberapa, asalkan hati baik .Tapi kebanyakan perempuan yang cantik sekarang mempunyai hati yang kotor dan nafsu bermaharajalela dalam diri.

Firman Allah bermaksud: “Katakanlah, jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya”(Surah Ali-Imran, ayat 29)

P/s : Tak perlu susah hati sebab tak cantik. Sesungguhnya , allah maha penyayang. Bersyukurlah , kerana kamu mempunyai cukup sifat tapi pernahkah kamu tahu ada orang yang lebih malang dari kamu. Cuba lihat orang yang kurang upaya ,  Mashaallah. Mereka sentiasa bersyukur apa yang dikurniakan.Tak macam kamu yang tak bersyukur. Malulah dengan mereka ! Walaupun kamu tiada jodoh didunia . Insyaallah ada jodoh yang kekal abadi di akhirat kelak.Di syurga nanti tiada manusia yang tidak cantik, semuanya rupawan yang jelita.  Kecantikannya akan di gandakan oleh Allah.Subhanallah!

Tips untuk merahkan bibir.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


       Sihat ?alhamdullilah


Hari ini izza nak kongsi satu cara untuk merahkan bibir tapi tak lah semerah lipstick tu agak pudar-pudar lah.  Alhamdullilah izza buat menjadi ! Bagi korang tak tahu lah insyaallah menjadi lah ye. 


Korang perlu gunakan :

Madu.

Semua jenis madu asli kecuali lah madu tiruan kang bangun tidur mulut dah kalah angelina jolie. Besar bebeno sbb dihurungi oleh semut . Sapukan lah madu tu pada bibir sebelum tidur ye. Sapu setiap malam sebelum nak tidur, Insyaallah merahlah bibir korang. Ingat !!! Jangan pergi jilat pulak , kan sebab manis . Nanti tak jadi pulak ! Selain untuk merahkan bibir , madu juga dapat membantu melembapkan bibir.

Sampai disini saja pengkongsian izza dengan korang. Walaupun tak sehebat mana tapi jangan lupa cuba ya.

P/s : Kalau nak bibir yang semula jadi original jangan sesekali merokok pulak , nanti bibir akan jadi hitam dan sekaligus dapat merosakkan paru-paru korang. Semua tak nak penyakitkan so apa lagi berhenti la .Mencegah lebih baik daripada mengubati . Ingat tu ! Yang kedua korang mestilah banyak makan sayur dan buah-buahan . Pedulikan apa yang korang tak suka tu. Nak bibir merah ? Nak sihat ? perlulah makan. Harap korang kerap lah makan sayur dan buah-buahan tau.

Nak

Nak pahala ? Solat

Nak pandai ? Belajar

Nak duit ? Kerja 

Nak kurus ? Diet

Nak sihat ? Senaman

Nak cantik ? Jaga muka

"Aku nak kurus , mesti kena diet ini "

............................................................
 ( 4 hari kemudian)

"Kalau aku diet pun bukannya kurus ,Dah lah dengan lapar. Tak nak la !"


P/s : Jika nak sesuatu mestilah berusaha bukannya dia datang bergolek pada kita . Usaha itu penting ! Ini tak, nak sesuatu tapi tak nak berusaha. Berangan angan taik ayam je . Tak semestinya kita buat hari ini . Hari ini juga dapat hasil ! Jika betul betul buat dengan yakin . Insyaallah , menjadi .


Sabar

Kita selalu sahaja mendengar perkataan sabar. Apabila dihina oleh kawan-kawan, Hati kita akan berkata sabar . Apabila terpaksa menunggu berjam-jam lamanya pun kita perlu sabar. Kalau tidak kerana sabar mungkin banyak perkara yang tidak diingini berlaku. Tapi pernah ke kita menghayati makna sabar dengan sebenarnya. 

Buat pengetahuan semua, sabar dari sudut bahasa ialah menahan. Dari sudut istilah pula, sabar membawa maksud kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu. Selain itu sabar adalah suatu kekuatan atau daya yang menghalangi seseorang untuk melakukan kejahatan.

DALAM sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:“Apabila telah Aku berikan musibah kepada salah seorang hamba-Ku pada badannya,hartanya, atau anaknya, kemudian dia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa malu untuk menegakkan timbangan baginya pada hari kiamat atau membukakan buku catatan amal ibadahnya.”(HR. Dailami, Al Hakim dan Tarmizi)

Semuanya ini sebagai lukisan bahawa secara kiasan Allah SWT menerima apa yang dilakukan oleh hamba yang sabar dan beramal soleh dengan sambutan yang baik dan memberikan kurnia keredhaan kepadanya.

Allah SWT telah berfirman dalam surah al - Muddathir, ayat 7 maksudnya: Dan bagi Tuhanmu, hendaklah kamu bersabar. Ini adalah antara ayat al-Quran yang terawal telah Allah turunkan kepada Nabi Muhammad menerangkan betapa Islam mementingkan sifat sabar dalam diri setiap Muslim.

Kita dituntut sabar dalam melaksanakan perintah agama seperti menuntut ilmu, berbuat baik kepada ibu bapa, mendirikan solat, mengerjakan puasa dan sebagainya. Sabar juga dituntut dalam menjauhi larangan agama seperti berzina, mencuri, menipu, mengharapkan pertolongan dari tangkal, mendekati ilmu sihir dan sebagainya.

Sebagai seorang pelajar , kita sering sahaja dipenuhi dengan tugasan, tak kira lah tugasan apapun  yang menuntut kita membahagikan masa dengan sebaiknya agar segalanya berjalan lancar. Bagi diri aku sendiri, kadangkala homework juga aku fikir menjadi suatu beban buat aku .Sebolehnya aku cuba elakkan. Kalau waktu lapang , dunia terasa begitu menyeronokkan. Boleh lah aku 'berchatting' dan berinstagram bagai sepanjang masa.Tapi apabila memikirkan tanggungjawab aku sebagai pelajar dan aku sedar tentang kewajipan menuntut ilmu,aku tabah dan sabarkan jua hati untuk melakukan apa yang diberikan oleh cikgu. Kalau tidak buat semua tu , alamatnya failed lah aku.

Apabila seseorang itu menghadapi banyak cubaan dan penderitaan itu dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan cara yang baik , tidak mengeluh, tidak gelisah dan sebagainya, Insyaallah , Allah SWT akan memudahkan baginya urusan hisabnya di hari akhirat. Allah akan segera membalas segala pahalanya, memberkati kehidupannya sehingga timbangannya tidak berat kepada kejahatan, tetapi akan berat kepada ketaatan dan pahala, yang kesudahannya akan masuk syurga.

Berkenaan dengan sifat sabar, Allah telah menyebutkan di dalam Al Qur’an tidak kurang dari lapan puluh kali, dalam bermacam bentuk, untuk menunjukkan betapa tinggi nilai dan keutamaanya.

Banyak orang yang menyangka, bahawa sabar bererti merendahkan diri dan penyerahan kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan itu, atau menghentikan usaha tanpa ikhtiar mencari jalan keluar yang baik tanpa memperbaiki dan menguatkan amal perbuatan dan berlaku redha terhadap apa yang terjadi biar bagaimanapun bentuk dan macamnya.

P/s : Sesungguhnya, sabar itu memang penyelamat keadaan. Jadi nasihat saya kepada semua orang , jangan mudah mempunyai perasaan yang amarah dan bengang bila masalah datang menimpa. Banyak-banyakkanlah bersabar kerana sabar itu memberi ruang kepada kita untuk berfikir dan bertindak sewajarnya. Wallahhualam.